Monday 22 December 2014

Solat atau mati?

Hi a.k.a Merhaba [in turkish]

Kalau cakap pasal solat, solat yang paling liat nak buat must be solat subuh. Time tu lah berduyun-duyun setan bergayut dekat mata telinga badan ne. Tak tahan I bro. Alhamdulillah masa duduk samura solat subuh terjaga. Samura ne islamik sikit uols and aku suka. Hari sekolah tu nak buat macam mana memang kena bangun awal. Seniors boleh bangun lambat sikit hehehe [ne bukan buli tapi keadilan] Paling-paling Sarjana 2 azan baru kitaorang bangun. Baru win :') 

Tapi waktu weekend tu mencabar sikit. Disebabkan weekend je kita dapat bangun lambat sebab class start pukul 8. So kadang-kadang memang subuh gajah lah kita. Biasalah takde handphone nak buat alarm, ada alarm clock pun selalu pecah aku buat sebab jatuh dari katil. Maka pentingnya hidup berjiran! Budak dorm sebelah kejutkan subuh sebab dorm aku masih gelap gelita walaupun hari dah nak siang. Terima kasih jiran. 


Ini yang dapat aku share untuk kita sama-sama berubah:

1. Solat di awal waktu
Bila kita solat awal kita akan rasa kita mempunyai banyak masa. Dan cuba bayangkan bila kita solat lambat mesti rasa susah kan tengah serius buat kerja lepastu kau kena stop pergi solat dulu. Lagi epic bila kau belum isyak dan jam dah pukul 12. Lepastu kau kena ambik wudhu sorang-sorang. [seramshit] Lagi satu, melambatkan solat tu akan menyebabkan kita malas lalu tak solat.


2. Solat dengan sempurna.
Aku rasa kita perlu tiptopkan solat kita. Kalau kita salah tajwid ketika membaca Al-fatihah maka solat kita tidak sah. Agak-agak tak hafal lagi doa qunut, pergi google internet lepastu hafal. Bila kita solat dengan perfect kita akan rasa feel dia. Mesti kita akan tawadhuk dan jadi rajin solat Insyaallah.


3.Install Prayer Times
Apa guna ada smartphone kalau kita tak smart gunakan apps yang ada ye tak? Setiap kali tengah lepak dengan kawan huahua tuptup azan dari phone. Alhamdulillah insaf sikit pergi tunaikan solat dulu :p Kadang-kadang kawan yang baik diperlukan. Saling ingatkan kawan pergi sembahyang. Yang ada pakwe makwe cuba suruh dorang solat.






Kita buat solat untuk diri kita sendiri. Kita perlukan Allah. Solat adalah masa kita perbualan kita dengan Allah. Kita boleh mengadu sambil mensyukuri. Mungkin Allah akan makbulkan hajat kita tika itu. Doakan ibu bapa kita kerana mereka tak pernah lupa doakan kita :) Jadi jangan tinggal solat, nanti hati mati. Insyaallah sama-sama cari redha dia.

Red Carpet.

Hi nama saya Anis Syairah.
dan saya seorang blogger.

Officially aku adalah lepasan spm yang kebosanan dan buat blog dengan harapan dapat menghilangkan rasa bosan, Harap berkekalan lah blog aku yang keberapa entah ne, walaupun takde orang baca. Haha kisah apa aku. 

Hari-hari aku berangan tiba-tiba bangun pagi ada duit berlambak atas katil. Okla harapan kalau kerja pun tak. Parents aku tak bagi kerja. Katanya sekrang waktu belajar tak boleh kerja. Kononnya nanti bila sedap dapat duit dah malas nak sambung belajar. Yeke? Yang penting aku hanya boleh kerja dengan parents aku je. Maka aku mengambil keputusan january nanti start kerja dekat office ayah :)

 Sekarang aku cuma belajar lesen. Lulus L sekali 49 terus beb! Itu cerita 2 minggu lalu. Sekarang ne kakak driving tu kata January baru start class driving. Sementara tu aku mereput jela dekat rumah ne. Kemas rumah-sapu-mop-lap2 furniture-je setiap hari *facepalm*

Bukan nak bajet ke apa, tapi waktu test computer tu memang aku study malam sebelum tu je. Punya lah baik hari isnin tu aku pergi berjoli dekat Big Bad Wolf lepastu Midvalley main lasertag. Balik malam tu baru gelabah tak study selasa computer test. Apa lagi whatsapp abang aku laju-laju minta tips. Dia pun suruh download Test Computer JPJ dekat google. Lepastu kawan aku cakap ada apps KPP Test dekat playstore. Kau cuma perlu install dan buat sebanyak mungkin. Gerenti lulus hanya 1 test je, soalan ulang je. Boleh tutup mata jawab hiks. Cuma baca sistem Kejara sikit kot!

Habis Rm37 demi novel-novel ku yang tercinta. Tapi sampai sekarang 1 pun tak sentuh lagi. sorry bae :')



Penat sangat berjalan tambah kaki melecet. Sampai aku dengan Syahirah cabut kasut daki tangga :')




Reunited! Since 2004 we are bestfriends. Dulu sekolah rendah sama-sama dari darjah 2 kelas sama, masuk sekolah menengah masing2 duduk asrama and so on :')

[masih confuse dengan cita-cita sendiri]


Yang amat benar,
Anis Syairah.